Sumber http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com
Jangan lupe untuk saksikan Slot Cerekarama malam ini bertajuk Teratak Shamsiah yang akan ditayangkan di TV3, jam 10 malam ye...Korang boleh baca sinopsis dan sedikit jalan ceritanya di bawah ini.
Shamsiah berpindah ke bandar setelah anaknya, Maizura menyambung
pelajaran di sebuah asrama penuh kerana keputusan PMR yang cemerlang.
Shamsiah seorang yang ceria, lucu, peramah dan aktif dalam hal ehwal
kemasyarakatan dan keagamaan. Shamsiah mahu mengimarahkan surau dengan
beberapa aktiviti dan budaya Melayu. Golongan wanita di sana lebih suka
pergi ke kelas kecantikan diri di salon Datin Sally.
Maizura mula rimas dan malu kerana Shamsiah sering ke sekolah barunya
untuk mengetahui perkembangannya. Firdaus, anak Datin Sally yang
bersekolah di situ banyak menasihati Maizura kerana memiliki ibu yang
prihatin tidak seperti ibunya yang asyik sibuk dengan bisnes salon saja.
Shamsiah terus sabar dan memikirkan cara lain bagi menarik kaum wanita
ke surau sambil dibantu Maizura dan Firdaus. Suami Datin Sally, Datuk
Mahathir kagum dengan usaha Shamsiah dan turut memberi sokongan. Datin
Sally berasa cemburu dan mula menabur fitnah bahawa Shamsiah cuba
menggoda suaminya. Apakah usaha murni Shamsiah untuk menghidupkan surau
dan kegiatan agama di kawasan perumahan iti akan berjaya?
Pelakon Teratak Shamsiah: Rita Rudaini, Diana Rafar, Jasmin Hamid, Azhan Rani, Reza Hasbi, Ashraf Muslim & Emilia.
Labels: sinopsis Teratak Shamsiah, Slot Cerekarama TV3 12/5/2012