Hehehhe ngape pulak nak update tajuk ni kan? Tiada kene mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia, saje je terbaca tadi pastu terus nak share dengan kengkawan semua. Hubby saya kan jauh di sana, nanti saya nak observe satu persatu ni hehehe..abang, jangan mare aaaa, gurau jek...
Tanda-tanda suami curang:
1) Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.
2) Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
3) Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
4) Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.
* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April 2012
Labels: tanda ada orang ketiga, Tanda-tanda suami curang, tanda-tanda suami main kayu tiga